Archives

N-D-A at Tunas Jaya P.G .G.M.B


Date : 24th July 2008
Venue : Tunas Jaya P.G .G.M.B Lambak




N-D-A at Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal

Date : 23rd July 2008
Venue : M.T.S.S.R , Jalan Muara









Kad Istimewa Program Rakan Kempen Anti Dadah

Date : 21st July 2008
Venue : Holiday Lodge Hotel



Gambar bersama Rakan Kempen Anti Dadah.



Kad Istimewa Program Rakan Kempen Anti Dadah



Antara Restaurant yang menyertai Program Rakan Kempen Anti Dadah

.:: Program Rakan Kempen Generasi Bebas Dadah ::.



Rakan Kempen Anti Dadah (Partnerships) adalah satu kaedah yang dilihat dapat memberikan komunikasi yang berkesan dalam pendidikan pencegahan dadah. Dalam konteks BKN, Rakan Kempen ini mulai ketara sejak tahun 2006.

Jalinan ini adalah untuk mempelbagaikan lagi pendekatan Pendidikan Pencegahan Dadah itu sendiri disamping membawa sama syarikat swasta untuk menyumbang kepada kewajiban sosialnya (social obligation). Peranan Rakan Kempen ini amat lah penting kerana sumbangan mereka selama ini banyak membantu melancarkan program program pendidikan pencegahan dadah yang dikelolakan oleh pihak BKN yang ada ketikanya mempunyai sumber ataupun bahan yang amat terhad. Ini juga adalah sejajar dengan strategi Jabatan ini untuk mengalakkan penyertaan setiap lapisan masyarakat dalam menangani isu dadah khususnya dalam kempen pendidikan pencegahan dadah.

Biro Kawalan Narkotik melalui pendidikan pencegahan dadah telah, sedang dan akan terus bekerjasama dengan mana mana pihak yang menjadi Rakan Kempen ini. Jesteru itu hubungan ini seharusnya tetap dipelihara, diperkuatkan dan diperluaskan lagi dari masa kesemasa. Mengambil kira perkara ini, sudah tiba masanya pihak BKN perlu mengujudkan satu program khas bagi Rakan Kempen ini mengikut kaedah yang relevant, significant dan berkesan.

Salah satu program yang telah di perkenalkan ialah dengan mengujudkan program Kad Istimewa (Privelege Card programme).




Kumpulan sasaran Pemegang Kad Istimewa (Target Audiences) dan syarat


Cawangan PPD bertanggungjawab untuk mengenal pasti golongan sasaran sebagai penerima kad ahli ini. Antara pihak yang berpotensi ditahap percubaan ini ialah :


1. Bekas-bekas OYDP yang telah dibebaskan secara berjaya (SCD).


2. Rakan Harmoni


3. Keluarga Penghuni Rumah Al Islah (Anak, Ibu, Ayah, Isteri)


4. Orang Ramai





CARA PENDAFTARAN


Bagaimana cara menjadi ahli Kad Istimewa ini?


Bagi orang ramai, pendaftaran boleh dibuat di :


Cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 2448877 sambungan 254.


atau


Melalui daftar secara online di Laman Web ini.
Borang Pendaftaran dapat dilayari dibawah tajuk: Pendaftaran.





Syarat-syarat penyertaan Program Kad Istimewa


Para pemegang kad ahli ini adalah diwajibkan unutk mematuhi segala kondisi dan peraturan yang dipersyaratkan (Terms and Conditions). Peraturan dan Kondisi yang tersusun, lengkap dan relevant akan dibentuk serta akan di tandatangani oleh setiap pemegang.





Terma & Syarat-syarat


Keistimewaan Kad ini adalah tertakluk pada tawaran yang ditetapkan oleh setiap Syarikat yang menyertai Program Rakan Kempen ini.


Keistimewaan ini hanyalah untuk pemegangnya sahaja yang didaftar dibawah Program Rakan Kempen BKN.


Para pemegangnya tidak akan melibatkan diri dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah haram. Jika didapati sedemikian, keistimewaan kad ini akan di tarik dengan serta merta.


Kad ini mestilah ditunjukkan semasa membuat pembayaran.


Kehilangan kad dan kepada sesiapa yang menjumpai kad ini hendaklah dilaporkan kepada Unit Strategi Komunikasi dan Rakan Kempen Cawangan Pendidikan Pencegahan dadah, Biro Kawalan Narkotik.
Tel : 2448877

NDA - No Drugs At All.